SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS) adalah bantuan yuran tadika bagi anak berumur 5 dan 6 tahun sebanyak RM50 sebulan.

Perkhidmatan di bawah Iltizam Selangor Penyayang (Dahulu Inisiatif Peduli Rakyat IPR)

Iltizam Selangor Penyayang bermula Julai 2022 adalah kesinambungan polisi dan program Negeri Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat melalui manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu meringankan beban rakyat.

KRITERIA

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia 
  2. Pemohon mestilah sama ada: -Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor -ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor -ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal 
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah 
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja 
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja 
  6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Cetak Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dilakukan melalui dalam talian (online) di halaman website rasmi, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu.

Untuk memohon slik KLIK PAUTAN berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih maklumat lanjut, pemohon boleh layari laman rasmi DISINI

1 thought on “SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)”

Comments are closed.

Scroll to Top