Iltizam Anak Selangor

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di anas.yawas.com.my bermula 1 Ogos 2022 sehingga tarikh terkini.

Cara Permohonan

1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.anas.yawas.com.my.

2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.

3. Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web https://anas.yawas.my/online/.

Info Penting
PERMOHONAN HANYA BOLEH DILAKUKAN SEKALI SAHAJA. SILA PASTIKAN MAKLUMAT ANAK DAN PENJAGA MENEPATI SYARAT PERMOHONAN. SEKIRANYA GAGAL, SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DITERIMA.
PERMOHONAN BARU AKAN DIBUKA SEHINGGA KUOTA PERMOHONAN MENCAPAI 30,000 ORANG PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA. SEKIRANYA KUOTA PERMOHONAN TELAH MENCAPAI JUMLAH YANG TELAH DITETAPKAN, MAKA PERMOHONAN BARU AKAN DITUTUP DENGAN SERTA-MERTA.

Iltizam anak selangor

Syarat Permohonan

  1. Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
  2. Warganegara Malaysia DAN
  3. Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor

Kriteria ibu bapa atau penjaga

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Berumur 18 tahun ke atas; DAN
  3. Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil lahir anak
  2. Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
  5. Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)

Peringatan

  • Dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuatnaik secara atas talian di ruangan yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
  • Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan DIGAGALKAN dengan serta-merta.

Pertanyaan Lanjut

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.

+03 5481 8800

pertanyaan.yawas@gmail.com

Scroll to Top