SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah Inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska dengan bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sebulan bagu anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40.

GOLONGAN SASAR / KRITERIA

  1. Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia – Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU – Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
  2. Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah Suami Dan Isteri Berkerja 
  3. Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah 
  4. Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) 
  5. Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)

SYARAT KELAYAKAN ASUH PINTAR

  1. Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
    • Dilahirkan Dan menetap di selangor; ATAU
    • Tidak dilahirkan di selangor tetapi telah menetap secara sah di selangor sekurang-kurangnya 5 tahun 
      (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / Pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap)
  2. Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM 5000 ke bawah
  3. Suami dan isteri berkerja
  4. Anak berumur 4 tahun dan ke bawah
  5. Terhad kepada 2 orang anak sahaja
  6. Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  7. Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)

PEMAKLUMAN PENDAFTARAN ANAK ASUHAN SKIM ASUH PINTAR

Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut;

  1. Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
  2. Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak yang dipohon
  3. Salinan MyKad Ibu
  4. Salinan MyKad Bapa
  5. Salinan perakuan anak angkat / sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  6. Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
  7. Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
  8. Bagi Pemohon bukan kelahiran Selangor 
    – Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
    – Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah IBU 
  9. Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

Dokumen Lengkap hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke asuhpintar@gmail.com atau ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

Untuk semakan permohonan boleh klik pautan LINK INI

Tarikh TUTUP Permohonan

Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2023 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui maklumat lebih lanjut sila layari PAUTAN RASMI INI

Scroll to Top