Bantuan Tunai Pesawah

Bantuan Tunai Pesawah dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Berikut dikongsikan maklumat mengenai bantuan tunai pesawah ini untuk info bersama.

Bantuan Tunai Pesawah

Bantuan Tunai Pesawah adalah satu skim bantuan di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) khusus untuk golongan pesawah padi yang berdaftar

Kerajaan menerusi Belanjawan 2024 memperkasakan lagi bantuan dan insentif kepada pesawah padi dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah.

Berkemungkinan jumlah bantuan akan ditambah pada tahun 2024.

Cara Memohon

Tiada permohonan diperlukan kerana semua pesawah yang terlibat akan menerima inisiatif ini.

Antara agensi yang bertanggungjawab dalam inisiatif ini adalah:

BANTUAN KHAS BERNAS

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan BERNAS menyalurkan peruntukan kepada pesawah miskin akhir tahun lalu.

Bermula dengan RM10 juta bagi pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Diikuti bakinya RM50 juta akan diberikan secara berperingkat pada tahun 2023.

Setiap pesawah yang layak akan diberikan bantuan RM250 seorang.

Dijangkakan pada tahun 2024, bantuan khas ini juga bakal dilaksanakan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak KPKM dan Jabatan/Agensi KPKM seperti berikut: 

  • i. Bilik Gerakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri KPKM: 03-8870 1759/ 1760/ 1761; 
  • ii. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): 03-8870 4422/ 4475; 
  • iii. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): 03-2610 9664
  • iv. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): 03-8064 9303
  • v. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): 04-772 8255; dan 
  • vi. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA): 09-745 5388 samb. 5433

Atau layari https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bantuantunaipesawah segala maklumat mengenai bantuan ini akan di kemaskini pada halaman rasmi dari semasa ke semasa.

Scroll to Top