Bantuan OKU BTB

Bantuan OKU BTB adalah bantuan Orang Kurang Upaya Tak Berupaya Bekerja. Bantuan ini adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

Kadar Bantuan

Berikut merupakan kadar bayaran untuk Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB):

  • RM300 SEBULAN SEORANG 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN OKU (BTB)

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan khusus Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB):

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan keatas;
  • Pemegang kad Oku Tidak Berupaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Tak berupaya untuk bekerja.
  • Pemohon bukanlah pelatih/penghuni Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); atau
  • Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman yang menyediakan Perkhidmatan/ Kemudahan secara percuma; atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu Orang Tidak Berupaya (OKU) tidak melebihi daripada kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
    • Nota: Sumber Kewangan seperti Pencen/ Perkeso/ Bantuan dan lain-lain.

Pelaksanaan Bantuan Kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub didalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

PERMOHONAN BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

Untuk permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:

CARA MEMOHON

  • Cara memohon & dokumen sokongan (jika ada). Rujuk website IA/soalan lazim (mana-mana b Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara  
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan  
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak  
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:  
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon 
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama  
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama  
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)  
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan  
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:  
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuanatau  
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan atau  
  3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB), sila layari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pautan berikut:

Scroll to Top