Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Program – Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018 lagi.

GOLONGAN SASARAN

Program-program Bantuan ANIS ini diperkenalkan dengan tujuan dan harapan agar dapat memperkasakan barisan ibubapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

INITIATIF ANIS

Bantuan ini disediakan dalam dua bentuk iaitu yang pertama manfaat kewangan seperti Bantuan Khas ANIS dan Didik ANIS. Yang Kedua ialah Program Pemberdayan ANIS, yang merangkumi Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (PUSPANIS), Program Seminar Keibubapaan Anak Istimewa Selangor (ANIS), Cikgu Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Training of Trainers.

OBJEKTIF ANIS

  • Perintis Dalam Membantu Kabajikan Anak Istimewa Selangor.
  • Melestarikan Pembangunan Dan Kemakmuran Anak Istimewa Selangor.
  • Menambahbaik dan Memajukan Pendidikan Anak Istimewa Selangor.
  • Mengalakkan Kerjasama Komuniti Untuk Memberikan Sokongan Kepada ANIS, Keluarga ANIS dan Pendidik ANIS

Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah Pengundi Negeri Selangor;
  3. Penerima Bantuan Khas ANIS hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa)
  4. Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Pengesahan Diagnosis daripada Doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
  5. Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada PERMOHONAN PERTAMA KALI;
  6. Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
  7. Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.

Jenis Bantuan

  1. Makanan/keperluan tambahan*
  2. Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
  3. Ubat-ubatan*
  4. Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)

* berdasarkan preskripsi doktor sahaja

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
  2. Salinan Sijil Kelahiran Anak
  3. Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  4. Kategori Peralatan/ Barangan / Makanan
    Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  5. Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi
    Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi.Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  6. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR

Cara Memohon

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang 
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut: 

    Pejabat YAWAS
    Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, 
    40000 Shah Alam, Selangor.
  4. Borang dan Dokumen Sokongan hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 jam 5.30 Petang 
  5. Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan
  6. Sebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih lanjut dan soalan lazim sila layari https://www.anisselangor.com/bantuananis

Scroll to Top