BANTUAN SIHAT SELANGOR

BANTUAN SIHAT SELANGOR adalah bantuan rawatan bagi penyakit dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan lain-lain.

Bantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan.

Kerajaan Negeri Selangor amat perihatin akan tahap kesihatan seluruh rakyat di negeri ini. Keprihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang kemampuan.

Bantuan sihat selangor

GOLONGAN SASAR DAN KRITERIA

Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000.00 ke bawah

JENIS BANTUAN

Dialisi Buah Pinggang. Pemohon boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat hemodialisis hospital kerajaan atau swasta. Dialisis adalah suatu proses yang dilakukan dengan menggunakan mesin dialisis bagi menjalankan fungsi seperti ginjal manusia yang sihat.

Katarak Mata. Katarak atau bular ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat. Masalah katarak berlainan dengan masalah mata Glaukoma. Katarak mata dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi yang terpilih yang menawarkan harga pasaran yang terendah.

Pembedahan. Bantuan yang disalurkan merangkumi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya. Pembedahan dijalankan di hospital kerajaan sahaja. Pembedahan adalah teknologi yang terdiri daripada campur tangan fizikal terhadap tisu badan. Umumnya, sesuatu tatacara dikira sebagai pembedahan jika ia melibatkan pemotongan tisu pesakit atau penutupan luka yang dialami dahulu.

Kaki Palsu. Permohonan pembelian peralatan atau kos rawatan pesakit. Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan. Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

Tibi. Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor bantuan kewangan sehingga RM800 kepada setiap penerima. Permohonan boleh dilakukan di https://www.selangorprihatin.com/insentifrawatantibi

Lain-lain Permohonan. Bantuan peralatan dan lain-lain rawatan yang dijalankan di hospital kerajaan.

SYARAT – SYARAT

Pastikan pemohon menepati syarat-syarat dari pihak UPEN Negeri Selangor.

  1. LAHIR DI NEGERI SELANGOR atau BERMASTAUTIN MELEBIHI 10 TAHUN.
  2. Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000.00.
  3. SALINAN SURAT KELULUSAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) dari KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA atau MAKLUMAT PENDAFTARAN E-KASIH perlu dikemukakan.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
  5. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
  6. Rawatan bagi KATARAK MATA, KANSER, PEMBEDAHAN KECIL dan LAIN-LAIN RAWATAN perubatan hanya DILAKSANAKAN DI HOSPITAL KERAJAAN SAHAJA.
  7. Permohonan bantuan PEMBEDAHAN KECIL dan KATARAK MATA perlu memohon SEBULAN LEBIH AWAL daripada tarikh pembedahan.
  8. TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.
  9. Permohonan berkaitan KOS PERJALANAN dan SUMBANGAN KEWANGAN tidak dipertimbangkan.
  10. PENJAWAT AWAM dan KELUARGA PEGAWAI seperti takrifan di dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009 tidak dapat dipertimbangkan.
  11. Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan SEKALI SAHAJA PADA SETIAP TAHUN.
  12. TARIKH TUTUP PERMOHONAN bagi setiap tahun adalah sebelum 30 SEPTEMBER.
  13. Pemohon yang mendapat kelulusan PEKA B40 tidak akan dipertimbangkan.
  14. Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan cara permohonan sila layari pautan rasmi berikut:

Scroll to Top