Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak

Yayasan Perak menyediakan bantuan-bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Selain itu, Yayasan Perak adalah rakan strategi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan sosial rakyat Negeri Perak melalui beberapa program berbentuk bantuan perumahan serta bantuan pinjaman mikro kepada usahawan sekaligus memastikan bantuan kepada golongan sasar rakyat Negeri Perak dapat dilaksanakan.

Insentif Yayasan Perak

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk:-

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Syarat Khas Pemohon Dalam Negara

  • Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Sijil & Diploma Vokasional, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Separuh masa sama ada Bekerja atau Tidak Bekerja )
  • Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kecuali peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun).
  • Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

Cara Memohon

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPTA dan IPT terpilih, boleh membuat permohonan sepanjang tahun bagi Insentif Siswa dengan mengambil borang permohonan di pejabat Yayasan Perakmuat turun dari laman web Yayasan Perak atau memohon secara atas talian (online) dengan langkah seperti berikut:

  1. Isi permohonan secara atas talian di www.yayasanperak.gov.my
  2. Mencetak borang permohonan
  3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan.
  4. Status permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Perak atau melalui panggilan telefon selepas 2 minggu dari tarikh serahan borang.

Kadar Bantuan

Bantuan ini adalah secara “one-off berdasarkan peringkat pengajian di dalam negara seperti berikut:

  • Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) RM300.00
  • Diploma RM500.00
  • Ijazah Sarjana Muda RM1,000.00
  • Ijazah Sarjana (Master) RM1,500.00
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM2,000.00

Cara Semak Status Permohonan

Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web Yayasan Perak www.yayasanperak.gov.my dan klik pada pautan “Semakan Status Permohonan”dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan pada waktu pejabat di talian 05-255 2929.

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih teliti sila layari laman rasmi Yayasan Perak melalui pautan LINK INI

Scroll to Top