TARIKH BAYARAN STR 2024 BAGI FASA 1, 2, 3 DAN 4

Tarikh bayaran STR 2024 bagi semua fasa bermula dari fasa 1, 2, 3 dan 4 dikongsikan dalam halaman ini untuk memudahkan para pembaca dan pencari info mengenai tarikh bayaran STR. Harap maklum semua tarikh boleh dipinda oleh pihak kerajaan.

Pihak Kewangan telah secara rasmi mengumumkan bahawa bayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan ke dalam akaun penerima mulai 29 Januari 2024.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 perlu memahami jadual pembayaran bantuan STR untuk mempermudah perencanaan pengeluaran menggunakan dana bantuan yang akan diterima.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Sejak 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus sahaja.

Nota: Jadual dan tarikh untuk Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diperbarui secara berkala setelah diumumkan secara resmi oleh Kementerian Kewangan.

Tarikh bayaran str 2024

Jumlah Bayaran STR 2024

Untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 ini, Kerajaan telah meningkatkan jumlahnya hingga RM500 untuk setiap isi rumah, dibandingkan dengan bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun sebelumnya.

Dengan kenaikan ini, peruntukan untuk Fasa 1 telah meningkat sebanyak 26% menjadi RM2.1 bilion, dibandingkan dengan RM1.67 bilion pada tahun sebelumnya, dalam upaya membantu sejumlah besar rakyat mengatasi kenaikan kos sara hidup.

Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:

1. Iѕі Rumаh Tіаdа Hаd Umur

Pеndараtаn < RM2,500
Tіаdа Anаk: RM500
1 – 2 Anаk: RM500
3 – 4 Anаk: RM500
> 5 Anаk: RM500

2. Pеndараtаn RM2,501 – RM5,000

Tіаdа Anаk: RM100
1 – 2 Anаk: RM150
3 – 4 Anаk: RM250
> 5 Anаk: RM300

3. Bujang (Pendapatan <RM2,500)

21-59 Tahun : RM100
OKU 19-59 Tahun : RM100
Warga Emas Bujang : RM150

Jadual Bayaran STR 2024 Bagi Fasa 1, 2, 3 Dan 4 Mengikut Bulan

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Rayuan STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Tempoh permohonan Semakan Semula (RAYUAN) STR 2024 :

Mulai 29 Februari 2024

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui laman berikut-klik DI SINI

Scroll to Top