Tukar ID MySejahtera Ikuti Langkah Ini

Tukar ID MySejahtera. Anda merancang untuk membeli atau menukar kepada nombor telefon/alamat emel baru? Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Pastikan anda mengemas kini maklumat MySejahtera ID anda sebelum berbuat demikian.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan segala maklumat anda sentiasa berada di hujung jari anda.

Tukar ID MySejahtera

Tukar ID MySejahtera

Anda boleh mengemaskini Mysejahtera ID anda kepada yang baru dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah-langkah in memerlukan
MySJ ID (emel atau nombor telefon) yang anda sedang guna, sebelum menukar kepada yang baharu.

  1. Buka halaman profil MySejahtera anda dan klik pada ikon Menu di atas.
  2. Pilih Tukar MySJ ID.
  3. Masukkan nombor telefon atau alamat emel baru anda sebagai MysJ ID yang baharu.
Tukar ID MySejahtera

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Cara tukar MySejahtera ID, sila lawati mysejahtera.moh.gov.my.

Sekiranya Lupa Kata Laluan

Tidak dinafikan ramai di kalangan kita yang terlupa kata laluan ID MySejahtera disebabkan jarang membuka aplikasi tersebut.

Akan tetapi, terdapat cara ringkas yang boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera, klik Lupa Kata Laluan di bahagian bawah skrin.
  2. Masukkan nama ID MySejahtera anda dan kemudian klik ‘i’m not a robot’. Jika MySejahtera ID anda adalah nombor telefon pastikan ia bermula dengan angka 6.
  3. Beberapa imej dalam bentuk berkotak akan muncul, anda harus pilih petak yang berkaitan dengan arahan.
  4. Selepas itu, satu pautan set semula kata laluan akan keluar di layar skrin dan link untuk set semula kata laluan akan dihantar melalui sms ataupun emel.
  5. Klik pautan yang ada dalam sms atau emel dan satu halaman sesawang akan dibuka.
  6. Masukkan satu kata laluan baharu di butang New Password. Sahkan kata laluan anda dan tekan butan Reset Password.
  7. Selesai! Tahniah anda telah berjaya mengemaskini kata laluan yang baharu. Sila log masuk MySejahtera anda dengan kata laluan yang baharu.

11 Perkhidmatan Kesihatan

Tahukah anda kini terdapat 11 perkhidmatan kesihatan yang boleh dilakukan dengan membuat temujanji melalui MySejahtera. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah:

  • Rawatan pesakit luar
  • Perkhidmatan berhenti merokok
  • Saringan pra perkahwinan
  • Pemeriksaan kesihatan pra pekerjaan atau pra pengajian
  • Imunisasi catch up pneumokokal
  • Inisaitif saringan kesihatan kebangsaan
  • Perkhidmatan perancang keluargan
  • Perkhidmatan kesihatan seksual
  • Saringan kesihatan Peka B40
  • Perkhidmatan kesihatan pergigian
  • Prosedur

Aktifkan Notifikasi Temujanji

Anda boleh ikuti langkah langkah yang disediakan di bawah untuk mengaktifkan notifikasi Janji Temu dalam telefon pintar anda:

  • Pergi ke tetapan (setting) di telefon pintar anda
  • Klik pada notifikasi di bahagian tetapan
  • Kemudian klik pada notifikasi aplikasi
  • Cari aplikasi MySejahtera
  • Klik dan aktifkan notifikasi aplikasi MySejahtera
  • Anda akan mendapat notifikasi Janji Temu di paparan skrin kunci telefon pintar anda
  • Selesai. Kini anda tidak akan terlupa janji temu kesihatan anda sekiranya anda ada membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera

Pertanyaan Melalui Helpdesk

Sebarang pertanyaan mengenai MySejahtera, sila layari laman helpdesk MySejahtera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila ikuti langkah-langkah yang telah disediakan seperti berikut:

  1. Klik pautan ini untuk terus ke laman web helpdesk MySejahtera: https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/ms/support/home
  2. Tekan butang Lihat semua artikel untuk rujuk sebarang pertanyaan anda.
  3. Anda boleh rujuk sebarang artikel yang berkaitan dengan pertanyaan anda. Jika pertanyaan anda tidak ada dalam senarai, anda boleh kembali ke halaman utama.
  4. Setelah berada di halaman utama, anda haruslah tekan butang Serahkan Tiket
  5. Masukkan alamat emel anda yang berdaftar pada bahagian butang Requester dan nyatakan pertanyaan anda dalam Description
  6. Setelah selesai anda boleh tekan butang hantar dan pertanyaan anda akan disemak dalam masa 24 jam

Cara Membuat Temujanji Pergigian

Kini anda boleh menempah slot janji temu Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian di seluruh Malaysia melalui aplikasi Mysejahtera.

Untuk menempah janji temu di fasiliti kesihatan pilihan anda,sila ikuti langkah ini.

  1. Pilih perkhidmatan pemeriksaan pergigian dalam aplikasi MySejahtera
  2. Pilih lokasi klinik pergigian
  3. Pilih slot masa janji temu yang kosong
  4. Sahkan butiran diri dan semua maklumat yang diperlukan
  5. Tahniah janji temua telah disahkan
  6. Sila hadir pada waktu janji temu yang telah ditetapkan

Segala maklumat yang dikongsikan ini adalah sahih daripada sumber asal media sosial Facebook Page MySejahtera.

Berikut merupakan nombor SMS MySejahtera bagi penghantaran sebarang pautan atau notifikasi seperti pautan lupa kata laluan, janji temu vaksinasi dan sebagainya.

  • 68808
  • 68088
  • 63001

Berhati-hati sekiranya anda menerima sms atau pautan dari nombor yang mencurigakan.

Berhati-hati jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali.

Jika panggilan tersebut mencurigakan dan meminta butiran sensitif, segera tamatkan panggilan.

Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Macau Scam, Penyamaran Tipu Panggilan. Modus operandi kebiasaannya suspek akan menyamar menjadi atau sebagai penguatkuasa, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan.

Tips Elak Scam

  • Jangan layan panggilan telefon dari nombor tidak dikenali.
  • Beritahu pasangan, ahli keluarga dan rakan tentanh panggilan yang diterima.
  • Semak dengan balai polis, bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan.

Pemakaian Pelitup Muka (Face Mask)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka yang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam tetapi amat digalakkan berdasarkan penilaian risiko kendiri.

Selain itu, individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan DIKENHENDAKI memakai pelitup muka di FASILITI KESIHATAN apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.

Namun begitu, pemakaian pelitup muka di fasiliti kesihatan boleh dikecualikan di kawasan terbuka dan di mana tiada interaksi dengan pesakit seperti di ruang parkir.

Sebarang kemusykilan daripada perkongsian ini tidaklah dapat pihak Infosingkat jawab, namun informasi ini adalah diambil pada media sosial yang sahih.

Scroll to Top