Insentif Awal Penjawat Awam Dibayar Bulan Ini

Insentif Awal Penjawat Awam sebanyak RM1000 dibayar pada bulan ini. Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan menilai keperluan semua skim perkhidmatan dan dijadualkan untuk selesai menjelang akhir tahun depan. Sebelum ini, semakan terakhir dilakukan pada tahun 2012.

Dengan itu, sementara menunggu penyelesaian semakan semula gaji dan elaun tetap bagi penjawat awam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan persetujuan kerajaan untuk memberikan bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam yang berada di gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 memaklumkan;

Sementara menunggu Kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. – Datuk Seri Anwar Ibrahim-

Tarikh Pembayaran Insentif

Tarikh bayaran ini akan disalurkan bermula 23 Februari 2024 (Jumaat).

Pengumuman tarikh pembayaran ini dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan pada 6 Februari 2024.

Insentif awal penjawat awam

Nilai Bayaran Insentif Awal

Nilai bantuan yang diberikan akan diterima adalah sebagaimana berikut;

  1. RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak.
  2. RM1000Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Kaedah Pelaksanaan

Dari waktu ke waktu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menerbitkan surat edaran untuk memberitahu tentang kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024, termasuk kriteria bagi penerima dan yang tidak layak menerimanya.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara, sila layari;

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. https://budget.mof.gov.my/manfaat/ 

2 thoughts on “Insentif Awal Penjawat Awam Dibayar Bulan Ini”

  1. Элвис Пресли, безусловно, один из наиболее влиятельных музыкантов в истории. Родившийся в 1935 году, он стал иконой рок-н-ролла благодаря своему харизматичному стилю и неповторимому голосу. Его лучшие песни, такие как “Can’t Help Falling in Love”, “Suspicious Minds” и “Jailhouse Rock”, стали классикой жанра и продолжают восхищать поклонников по всему миру. Пресли также известен своими выдающимися выступлениями и актёрским талантом, что сделало его легендой не только в музыке, но и в кинематографе. Его наследие остается живым и вдохновляет новые поколения артистов. Скачать музыку 2024 года и слушать онлайн бесплатно mp3.

Comments are closed.

Scroll to Top