STR Fasa 2 2024 Info Berkaitan

STR Fasa 2 2024 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif yang disusun oleh kerajaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada individu dan keluarga yang berdepan dengan cabaran kewangan.

Melalui STR, mereka yang layak akan menerima sumbangan tunai untuk membantu menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas.

Program ini bertujuan untuk memberikan kesejahteraan kepada golongan yang memerlukan, memastikan mereka dapat menghadapi kehidupan dengan lebih sejahtera dan tenteram.

STR adalah satu langkah positif dari kerajaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada individu dan keluarga yang menghadapi tekanan ekonomi.

Bantuan ini, yang diberikan dalam bentuk tunai, dirancang untuk membantu menampung perbelanjaan harian, keperluan asas, dan memberikan lega kewangan kepada penerima.

Proses permohonan STR biasanya melibatkan penilaian kelayakan yang teliti untuk memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukannya. Melalui sumbangan ini, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan taraf kesejahteraan golongan yang memerlukan, memastikan mereka dapat mengatasi cabaran ekonomi dengan lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan cara memohon STR, sila rujuk maklumat yang disertakan dalam halaman ini.

Semakan Status STR

Jika anda ingin menyemak status kelayakan dan membuat kemaskini bagi permohonan baru STR, anda boleh melakukannya sejak 1 November. Caranya adalah dengan akses ke portal rasmi MySTR.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:

  1. Layari laman web rasmi MYSTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon.
  3. Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan.
  4. Isikan Kata Laluan.
  5. Klik pada pilihan ‘Semakan Status’.

Maklumat yang akan dipaparkan termasuk status permohonan dan maklumat pembayaran (jika ada).

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran STR Fasa 2 ini akan dilaksanakan pada :

  • APRIL 2024
Jadual tarikh bayaran STR
Sumber LHDN

Pelaksanaan STR 2024 ini akan melalui 4 fasa bayaran dan akan diagihkan secara berperingkat. 

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Catatan: Jadual dan tarikh bagi Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4 STR akan terus dikemas kini secara berkala setiap kali diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.

Kaedah pembayaran STR

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

Lupa Kata Laluan MySTR

Untuk pengetahuan anda, semua maklumat asal BKM (Bantuan Khas Malaysia) kini terdapat dalam akaun MySTR.

Oleh itu, untuk log masuk ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan yang sama seperti dalam Portal BKM sebelum ini.

Log Masuk MySTR memerlukan Nombor MyKad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah jika anda menghadapi masalah lupa kata laluan yang terdahulu:

  1. Layari laman web MySTR melalui pautan yang disediakan.
  2. Pilih opsi “Terlupa Kata Laluan”.
  3. Isikan nombor MyKad 12 digit dan tekan “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang telah didaftarkan dan klik “Seterusnya”.
  5. Periksa kesahihan kata kunci keselamatan, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan. Klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Jika anda lupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (cubaan sebanyak 3 kali), ID MySTR akan disekat dan boleh cuba semula selepas 24 jam.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi LHDNM di pejabat berhampiran atau Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap pautan yang tidak sahih dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat mengenai program STR.

Kelayakan Umum STR

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Permohonan Rayuan STR

Jika nama pemohon tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan untuk menjalani proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR yang ditetapkan.

Tempoh untuk membuat Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 adalah mulai 29 Januari 2024. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan mengemukakan borang kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 (Permohonan Dari Luar Negara), mereka boleh membuat permohonan semakan semula (rayuan) secara dalam talian.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

  • Isi Rumah (≤ RM2,500) Kadar Bayaran RM500
  • Isi Rumah (RM2,501-RM5,000) Kadar Bayaran RM100-RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan Kadar Bayaran RM150
  • Bujang Kadar Bayaran RM100

Tarikh Pembayaran STR Fasa 1

Pembayaran STR Fasa 1 mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

  • Mempunyai akaun bank bermula 29 Januari – 2 Februari 2024
  • Tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) Mulai 29 Januari 2024

Senarai Penerima STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR Fasa 1 tahun 2024, ia akan dibuat dengan kadar dan kepada penerima berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Scroll to Top