Bantuan Kerajaan Yang Masih Boleh Dimohon

Dalam era yang masih mencabar dengan ekonomi, penting untuk menyedari pelbagai bantuan kewangan yang masih tersedia daripada kerajaan. Artikel ini akan membongkar pelbagai program bantuan yang masih boleh dimohon, memberikan maklumat terkini tentang cara mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan. Jangan lepaskan peluang ini untuk meraih bantuan yang dapat membantu meringankan beban kewangan anda.

BWE 2024: Bantuan Tunai RM500 untuk Golongan Warga Emas yang Layak

Pemberian Bantuan Warga Emas (BWE) 2024 sebanyak RM500 sebulan akan diteruskan untuk tahun 2024. Individu yang berumur 60 tahun ke atas layak untuk menerima bantuan kewangan ini.

BWE 2024 adalah program bantuan tunai yang telah lama disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan warga emas di Malaysia. Walaupun begitu, setiap kelayakan tertakluk kepada beberapa syarat.

Warga emas di Malaysia merupakan fokus utama pihak kerajaan, dan pada tahun 2021, kadar bantuan ini telah dinaikkan dari RM350 kepada RM500 setiap bulan. Tujuan program bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan warga emas agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan selesa.

Penting untuk diingat bahawa syarat utama untuk menerima bantuan ini adalah dengan berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran BWE 2024 telah dinaikkan, dan jika warga emas memenuhi kriteria kelayakan, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM500 sebulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan termasuk:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia, berumur 60 tahun ke atas,
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa, dan
  • Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
  • Kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Mohon 

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, permohonan boleh dilakukan melalui :

Untuk sebarang permohonan, anda boleh muat turun borang di pautan di bawah ini :

Bantuan BAP

Pihak kerajaan selalu memainkan peranan penting dalam menyokong golongan berpendapatan rendah, terutama rakyat Malaysia yang tergolong dalam B40. Bagi individu yang memenuhi syarat, bantuan tunai bulanan sebanyak RM100 hingga RM350 disediakan sebagai sokongan kewangan yang berterusan.

Untuk memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti perkongsian di bawah.

Bantuan Am RM350 merupakan inisiatif bantuan tunai yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan matlamat untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga melalui bantuan kewangan.

Individu yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak mendapat bantuan dari sumber lain berhak memohon inisiatif ini. Dengan memenuhi syarat kelayakan, mereka akan menerima bayaran bulanan antara RM100 hingga RM350.

Kadar Bantuan BAP 2024

Bagi kadar bayaran Bantuan Am ini adalah bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri masing2. Penerima akan mendapat sebanyak :

  • RM100 sehingga RM350 (Maksimum)

Syarat Kelayakan BAP 2024

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan Bantuan Am RM350 ini :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. 
  • Pendapata Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Mohon BAP

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am RM350 ini :

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Semakan Permohonan

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

Bantuan BKK

Bantuan Kewangan untuk Kanak-Kanak (BKK) – Inisiatif Bantuan Kewangan untuk Kanak-Kanak 2024 merupakan langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan sokongan kewangan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan anak-anak. Permohonan bantuan ini boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi JKM. Setiap keluarga yang memenuhi syarat berhak menerima sokongan kewangan sehingga RM1000 sebulan untuk menampung keperluan asas kanak-kanak.

Program Bantuan Kewangan untuk Kanak-Kanak (BKK) 2024 adalah satu usaha yang diperkenalkan untuk memberikan bantuan kepada keluarga dan penjaga yang menjaga anak-anak di bawah tanggungan mereka. Program ini berorientasikan untuk mendorong dan menyokong perkembangan keluarga yang sihat dan harmoni, di mana kanak-kanak dapat menikmati kehidupan penuh kasih sayang, perhatian, dan sokongan kewangan yang diperlukan.

Jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Jumlah bantuan adalag seperti berikut:

  • RM200 untuk anak berumur 6 tahun & ke bawah
  • RM150 untuk anak 7 hingga 18 tahun
  • Bantuan maksimum RM1000 keluarga sebulan
Bantuan BKK

Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan BKK

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas

Cara Mohon Bantuan BKK

  • Permohonan Manual
    • Permohonan bantuan kewangan perlu diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan.
    • Setiap permohonan akan dijalankan siasata dan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
    • Perlu sertakan dokumen sokongan ke Pejabata Kebajikan Masyarakt
      • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
      • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
      • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
      • Salinan penyata gaji (jika ada);
      • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Permohonan Online
    • Mohon terus ke portal E-Bantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
    • Selapas membuat permohonan online perlu menghadirkan diri untuk ke pejabat kebajikan masyarakat di daerah yang di pohon dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
    • Kegagalan pemohon akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajib:

Scroll to Top