Insentif Awal Untuk Penjawat Awam Telah Dibayar

Penjawat awam di negara ini akan menerima manfaat tambahan menjelang bulan Ramadan dan mendekati awal sesi persekolahan 2024/2025 tidak lama lagi.

Insentif awal sebanyak RM2000 ini merupakan sumbangan tunai melalui Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan akan diberikan kepada semua penjawat awam dengan gred 56 dan ke bawah.

Selain itu, bantuan tunai ini juga akan memberi manfaat kepada semua jawatan utama dalam sektor awam, merangkumi semua pihak termasuk Polis, Bomba, Tentera, Angkatan Bersenjata, dan semua anggota beruniform.

Insentif Awal Kajian Saraan

Kerajaan telah menyetujui untuk memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA Tahun 2024 dengan jumlah RM2,000.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah.

Manakala pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Gred Jawatan Utama/Khas, pesara Kerajaan, dan veteran berpencen serta yang tidak berpencen akan menerima RM1,000.00.

Penjawat Awam secara rutin membayar cukai pendapatan yang dipotong melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) setiap bulan. Namun, pemberian Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian SSPA ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan, sejajar dengan peruntukan yang terkandung di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Insentif awal kajian saraan
Sumber: www.malaysiamadani.com

Tujuan Utama

Tujuan utama bantuan ini ialah untuk meringankan beban kewangan, terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan anak yang memasuki sesi persekolahan. Kajian sistem saraan perkhidmatan awam akan secara mendalam mengkaji keperluan semua skim perkhidmatan.

Inisiatif insentif ini diharapkan dapat memberikan bantuan kepada mereka yang memenuhi syarat, membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka pada masa ini. Kadar pemberian bantuan khas ini dijadualkan untuk dibayar pada penghujung bulan ini, mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Kategori Bayaran

Terdapat dua kategori akan terima bantuan kewangan ini, antaranya:

  • RM2000 – akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak.
  • RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awak (termasuk Polis, Bomba, Tentera, Angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Kelayakan Penerima

BIA Kajian SSPA Tahun 2024 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service2 serta pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Jawatan Utama/ Gred Khas, dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 23 Februari 2024.

Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
Pemberian BIA Kajian SSPA turut dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

BIA Kajian SSPA juga dibayar kepada Personel MySTEP dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024.

Jumlah BIA Kajian SSPA Tahun 2024 yang akan dibayar

BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000.00 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak, manakala bayaran sebanyak RM1,000.00 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Gred Jawatan Utama/ Gred Khas. Di samping itu, BIA Kajian SSPA ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut umur persaraan wajib, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM1,000.00.

Sinopsis Akhbar Tahun Lalu

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 akan disalurkan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjelaskan bahawa bayaran insentif ini diberikan sementara kerajaan sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap skim gaji dan elaun tetap penjawat awam, yang terakhir kali dilakukan pada tahun 2012.

Menurut Anwar, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan menyelidiki keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan diputuskan pada penghujung tahun berikutnya. Ketika menyampaikan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, beliau turut mengumumkan bayaran insentif sebanyak RM1,000 untuk jawatan utama sektor awam, termasuk pihak polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata, dan semua anggota beruniform.

Anwar menyatakan bahawa semua pesara kerajaan, termasuk veteran yang berpencen dan yang tidak berpencen, juga akan menerima bayaran insentif RM1,000. Bayaran ini dijadualkan untuk disalurkan sekali gus pada akhir Februari, bertujuan untuk membantu mereka menyediakan keperluan persekolahan anak-anak dan persediaan menjelang Ramadan dan Syawal.

Beliau turut mengumumkan peningkatan liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja untuk penjawat awam, penambahbaikan had siling gaji dari RM4,000 kepada RM6,000, seiring dengan pindaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk sektor swasta. Anwar menjelaskan bahawa peningkatan had siling gaji ini akan meningkatkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk meluaskan kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi, dengan menyertakan pakaian batik Malaysia bagi semua penjawat awam yang layak. Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan batik Malaysia yang berkualiti tinggi. Belanjawan kedua di bawah Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar ini dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan disiarkan secara langsung melalui pelbagai saluran media.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui bantuan semasa dan mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi melalui LINK INI

Scroll to Top