STR 2024 Bujang Jumlah Bantuan Yang Diterima

Berita gembira untuk golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas, kini anda berpeluang untuk mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2024.

Bagi yang belum mengemukakan permohonan STR 2024, sila lakukan sebelum tarikh tutup permohonan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima, sila rujuk butiran di bawah.

Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu program di bawah konsep Payung Rahmah, yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam mengatasi cabaran kos sara hidup.

Untuk tahun 2024, DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peningkatan peruntukan STR sebanyak RM2 bilion, menjadikan jumlahnya RM10 bilion, berbanding dengan hanya RM8 bilion pada tahun 2023.

Tambahan pula, kategori baru isi rumah miskin dan miskin tegar yang terdaftar dalam data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3,700 setahun bermula Januari 2024.

Jumlah ini diberikan sedikit peningkatan berbanding dengan jumlah sebanyak RM3,100 yang diberikan pada tahun 2023.

Syarat Kelayakan STR 2024 Kategori Bujang

Individu yang memohon dalam kategori bujang perlu memenuhi syarat untuk menerima STR jika memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

i) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah Bantuan STR 2024 Kategori Bujang

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.

Untuk maklumat juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Tarikh Bayaran

Str 2024

Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:

  • Fasa 1 (Februari 2024)
  • Fasa 2 (April 2024)
  • Fasa 3 (Ogos 2024)
  • Fasa 4 (November 2024)

Sila ambil perhatian bahawa tarikh pembayaran STR Bujang 2024 untuk Fasa 1, 2, 3, dan 4 juga boleh berubah mengikut keadaan semasa.

Untuk bantuan, sila rujuk Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM

Scroll to Top