Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 merupakan sejenis pembiayaan yang terdapat dalam Belanjawan 2024, disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).k

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah kelanjutan dari Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang sebelum ini telah dilaksanakan, terutamanya untuk usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Grab Food, Rider Foodpanda, Lalamove, dan lain-lain. Skim ini difokuskan pada tujuan seperti pembelian motosikal, pembaikan motosikal, dan modal untuk operasi harian.

Berikut adalah informasi ringkas mengenai Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0.

KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

SYARAT KELAYAKAN ASAS:

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehinggalah 65 tahun) 
  • Pemohon bukan seorang MUFLIS 
  • Syarikat 100% Hak Milik Bumiputera dan Warganegara Malaysia 
  • Mempunyai Permit/ Lesen/ Daftar Perniagaan (SSM)/ Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih lagi belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/ Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) ataupun permit/ kupon perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur untuk perniagaan pasar malam, pasar tamu atau pasar tani.
  • Mempunyai lokasi/ tempat perniagaan yang khusus/ berniaga secara bergerak (mobile)/ atas talian (online)
  • Terlibat secara langsung/ Separuh Masa dalam perniagaan 
  • Satu pembiayaan untuk satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda) 
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000) 
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga Kenderaan Komersial/ Jentera Berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  • Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlulah mendapatkan surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan 
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah Patuh Syariah

SYARAT KELAYAKAN TAMBAHAN: 

  • Mempunyai lesen memandu B2/ B1 yang sah 
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat E-Hailing yang berdaftar. 
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan juga modal pusingan. 
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal. 
  • Pembiayaan yang diluluskan untuk tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah melakukan pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian.
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib melakukan bayaran balik menggunakan kaedah seperti berikut:
    • Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek Tarikh Tertunda.

CARA MOHON

  • Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa
  • Muat turun borang permohonan pembiayaan
  • Peserta boleh merujuk atau hadir ke   Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut. 
  • Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut: 

 

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang) 
  2. Lesen/Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu 
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan 
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/akaun Semasa yang mengandungi nama/syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank 
  5. Dokumen Pengesahan/Perakuan Bekas Penjawat Keselamatan 

 

  • Dokumen tambahan:  
  1. Skim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) 
  2. Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing 
  3. Dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal 
  4. Tiga (3) bulan penyata e-hailing terkini 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0, sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:

Scroll to Top