Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan

Selaras dengan penyampaian Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, individu yang memenuhi syarat tertentu dari Negeri Sembilan berhak menerima manfaat melalui Skim Sejahtera Rakyat.

Salah satu elemen utama dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang akan dilaksanakan ialah Skim Sejahtera Rakyat dengan peruntukan dana sebanyak RM29.75 juta.

Bantuan dan skim ini sejajar dengan komitmen kerajaan PH-BN dalam pilihan raya negeri terdahulu, iaitu Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.

Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, menyatakan bahawa skim tersebut melibatkan aspek kehidupan rakyat dari awal kelahiran hingga usia emas.

Kumpulan Sasar

Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini bakal memberi manfaat kepada 8 kumpulan bersasar iaitu:

  1. Bayi/Kanak-Kanak
  2. Pelajar Sekolah
  3. Siswazah
  4. Siswa
  5. Belia
  6. Ibu Tunggal
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) 
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih)

Jumlah Peruntukan

Berikut merupakan pecahan jumlah peruntukan untuk setiap kategori yang layak bagi bantuan Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini:

  1. Bayi/Kanak-Kanak – RM1.60 juta
  2. Pelajar Sekolah – RM0.15 juta
  3. Siswazah – RM2.50 juta
  4. Siswa – RM4.50 juta
  5. Belia – RM5.00 juta
  6. Ibu Tunggal – RM1.00 juta
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) – RM14.80 juta
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih) – RM0.20 juta

Kriteria Umum

Ini adalah syarat-syarat umum kelayakan untuk Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini:

  1. Permohonan perlu dilakukan kecuali penerima yang layak dalam senarai e-Kasih
  2. Dikhaskan untuk pengudni berdasftar di Negeri Sembilan
  3. Menyertakan dokumen pembuktian dan pengesahan yang berkaitan

Manfaat Skim

  1. Bayi/Kanak-Kanak – Caruman (one-off) Skim Simpanan Pendidikan Nasional RM100 seorang kelahiran baru anak-anak Negeri Sembilan
  2. Pelajar Sekolah – Bantuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, RM300 x 500 Pelajar
  3. Siswazah – RM5,000 Anugerah Khas menamatkan pengajian dengan keputusan Ijazah Kelas Pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam
  4. Siswa – Bantuan khas kemasukan ke IPTA sebanyak – RM1000 (Ijazah Sarjana Muda), RM750 (Diploma) dan RM500 (Sijil)
  5. Belia – Bantuan perkahwinan RM500 anak negeri yang mendirikan rumah tangga kali pertama
  6. Ibu Tunggal – Sumbangan Keceriaan tahunan (one-off) RM200 kepada ibu tunggal senarai e-Kasih
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) – Sumbangan Keceriaan tahunan (one-off) RM200 kepada pemoon yang merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih) – Bantuan “Food Bank” untuk keluarga termiskin dalam e-Kasih
Scroll to Top