Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Penerima STR

Adakah anda tahu bahawa anda berhak untuk mendapatkan bantuan tambahan sebanyak RM1000, terutamanya jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Bantuan ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Jika ada kematian yang melibatkan penerima STR atau pasangan yang telah meninggal dunia, anda boleh memohon bantuan ini.

Bantuan Tambahan RM1000

Bantuan tambahan RM1000 ini adalah Skim Khairat Kematian, yang diperkenalkan oleh kerajaan sebagai bantuan tambahan sebanyak RM1000 kepada penerima STR, adalah suatu inisiatif untuk memberikan bantuan pengurusan kematian.

Program ini disediakan oleh kerajaan untuk memberikan sokongan kepada keluarga penerima STR yang menghadapi kematian dalam kalangan ahli keluarga. Pemohon boleh memohon skim ini untuk mendapatkan bantuan kewangan yang ditujukan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.

Bantuan tambahan rm1000 skim khairat kematian

Siapakah yang layak menerima RM1000 tambahan ini?

Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:  

  1. Pasangan 
  2. Ibu 
  3. Bapa 
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat) 
  5. Adik-beradik 
  6. Cucu 

Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang diperlukan untuk tuntut RM1000

Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Semakan Status STR

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Scroll to Top