Bantuan Untuk Suri Rumah

Suri Rumah terutamanya adalah perempuan, sama ada sudah dalam alam perkahwinan atau belum, yang menyelenggara rumah tangga sepenuh masa atau tidak, termasuk isteri, balu, atau janda dengan perkahwinan yang sah di bawah undang-undang bertulis. Ia juga termasuk ibu yang mempunyai satu atau lebih anak, termasuk ibu tunggal.

Bantuan untuk suri rumah ini adalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 merupakan sebuah program perlindungan yang termasuk dalam Belanjawan 2023. Skim ini diselenggarakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah yang terlibat dalam kemalangan, penyakit, atau insiden lain semasa menjalankan tugas berkaitan rumah tangga, sehingga menyebabkan kecacatan atau kehilangan upaya kekal yang merosakkan kemampuan suri rumah untuk menguruskan urusan rumah tangganya.

SKSSR juga berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada suri rumah yang menghadapi penyakit atau keuzuran, dan keilatan tersebut haruslah disahkan oleh Penilai Perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), sila rujuk perkongsian lanjut.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR):

  • Warganegara Malaysia/ Pemastautin Tetap
  • Suri Rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/ belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali mahu mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
  • Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu.

CARA MEMOHON

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:

Scroll to Top