Skim Pembiayaan Online Tekun

Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan usahawan.

Keutamaan diberikan kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain.

Skim pembiayaan online tekun

Maklumat Pembiayaan Online (SPOT)

Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

Jumlah Pinjaman: 

Usahawan Informal

  • RM1,000 – RM5,000 sahaja

Usahawan baru yang mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah (SSM)

  • RM1,000 – RM10,000 sahaja

Tempoh Bayaran Balik

  • Sehingga 60 bulan (5 tahun)

Sumbangan Tabung Pengurusan 3% setahun

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Syarat Kelayakan Asas
    1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
    3. Pemohon bukan seorang muflis
    4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
    5. Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
    6. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online)
    7. Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan
    8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
    9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
    10. Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
    11. Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan
    12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
    13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah 
  • Syarat Kelayakan Tambahan
    1. Penerima biaya TEKUN sedia ada (lain-lain produk) tidak layak memohon SPOT kecuali akaun yang berstatus ‘selesai bayar’ atau ‘tutup tamat’

Cara Memohon

  • Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa
  • Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan 
  • Dokumen Sokongan

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen/Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/akaun Semasa yang mengandungi nama/syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Mengemukakan penyata jualan yang disediakan oleh platform secara atas talian seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dll (jika berkenaan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT)

Scroll to Top