Bantuan Pembiayaan Kemudahan Agromakanan

Bantuan Pembiayaan Kemudahan Agromakanan merupakan kemudahan pembiayaan yang diperkenalkan oleh BNM yang bertujuan untuk menyediakan akses pembiayaan kepada PKS bagi meningkatkan pengeluaran agromakanan negara dan untuk eksport.

Kemudahan Agromakanan (AF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyediakan akses kepada PKS untuk membiaya perbelanjaan modal, modal kerja & pembangunan projek agromakanan yang berdaya maju dengan jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM5 juta serta tempoh pembiayaan maksimum sehingga 8 tahun.

PKS yang berminat boleh memohon kepada Institusi Kewangan Peserta (IKP) yang terdiri daripada bank-bank komersial, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan manakala kelulusan akan tertakluk kepada penilaian kredit institusi kewangan tersebut.

Pembiayaan Kemudahan Agromakanan

Maklumat Mengenai Kemudahan Agromakanan

Tujuan Pinjaman

  • Perbelanjaan modal
  • Modal kerja
  • Pembangunan projek agromakanan
  • Aktiviti yang layak ialah projek yang berdaya maju melibatkan pengeluaran makanan pertanian utama (upstream), pemprosesan/pengilangan agromakanan, atau aktiviti hiliran makanan yang lain.
  • Separuh daripada jumlah pengeluaran dijual di pasaran tempatan, dan menyokong pengeluaran makanan/pertanian utama tempatan

Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan sedia ada

Jumlah Pembiayaan Maksimum

  • RM5 juta

Kadar Pembiayaan

  • Sehingga 3.75% setahun (termasuk sebarang fi jaminan)

Tempoh Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga 8 tahun

Syarat Kelayakan

  • Semua PKS* Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:
    1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.
    2. Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.
    3. Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut.

*Berdasarkan definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)

Cara Memohon

Untuk IKP tanpa pautan, sila hubungi pusat khidmat pelanggan IKP berkenaan atau telefon nombor yang disediakan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Risalah AF atau layari Laman Rasmi BNM. Atau sila layari pautan dibawah:
https://manfaat.mof.gov.my/perniagaan/bnm-af-1

Scroll to Top