Skim BSN Micro i-Kasih

Skim BSN Micro i-Kasih adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi usahawan mikro bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

Maklumat Skim BSN

Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

Tujuan Pinjaman 

  • Modal Kerja, Pembelian Aset dan Pengubahsuaian

Amaun Pinjaman 

  • Minima: RM5,000  Maksimum: RM50,000 

Tempoh Pinjaman 

  • 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan 

Syarat Kelayakan

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad/Syarikat Sdn. Bhd) dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan 
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia 
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam) 
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Agensi/Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional) 
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

Cara Memohon Skim BSN

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah (jika berkenaan) 
  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah 
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini 
  • Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan 
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank 
  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN 
  • Panduan pengguna untuk permohonan atas talian 

Maklumat Lanjut

Scroll to Top