SKIM MYSALAM TUNTUTAN TAKAFUL PERLINDUNGAN KESIHATAN

Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (Skim MySalam) adalah sebuah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Great Eastern Takaful untuk individu yang layak bertujuan untuk memberikan skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit yang kritikal.

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Berikut adalah maklumat mengenai skim MySalam.

MYSALAM

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

TARIKH TUNTUTAN

Tuntutan Mysalam untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital ataupun diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023)

JUMLAH BAYARAN SKIM MYSALAM

Berikut merupakan jumlah bayaran Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (Skim MySalam):

  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • KLIK DISINI: 45 PENYAKIT KRITIKAL
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk kelayakan untuk maklumat lanjut).

SYARAT KELAYAKAN SKIM MYSALAM

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.

Skim mysalam

SEMAKAN STATUS MYSALAM

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS, anda boleh e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Maklumat Lanjut

Untuk semak maklumat lebih lanjut dan pertanyaan soalan lazim, sila layar halaman berikut:

Scroll to Top