Inisiatif Pendapatan Rakyat Basmi Miskin Tegar

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.

Inisiatif Pendapatan Rakyat

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah sebuah pemerkasaan bantuan dan kemudahan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian.

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Syarat-syarat pemohon:
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online atau atas talian dan terlebih dahulu pemohon dikehendaki untuk mendaftar sebagai pengguna IPR melalui halaman di Inisiatif Pendapatan Rakyat

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih banyak maklumat, Layari Halaman Ini ia adalah laman rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat.

Manakala sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung IPR, sila hubungi 03-8090 2888 atau rujuk kaunter khidmat pelanggan seperti di bawah:

Kementerian Ekonomi Aras G, Menara Prisma No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya

Siapakah sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini:

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan
Scroll to Top