Bantuan Am Negeri

Bantuan Am Negeri adalah bantuan yang diberikan kepada rakyat yang bermastautin di negeri masing-masing.

Bantuan ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan keperluan hidup untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah sedikit informasi berkaitan dengan Bantuan Am Negeri.

KADAR BANTUAN

Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

TUJUAN

Membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Kriteria kelayakan khusus juga mengikut negeri masing-masing. Namun pada syarat kelayakan umum adalah seperti berikut.

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemisinan (PGK) Purata Miskin isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua

Cara Memohon Dengan JKM

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

Dokumen Sokongan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Permohonan Bantuan JKM boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKMdi pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.

Scroll to Top