Bantuan Geran Pelancaran

Bantuan Geran Pelancaran ini diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada individu atau keluarga yang memenuhi syarat kriteria khusus dan perlu dimohon oleh individu oatau keluarga tersebut.

Maklumat mengenai Geran Pelancaran adalah seperti yang dikongsikan di halaman di bawah ini.

Bagi pemohon yang ingin mendapatkan bantuan Geran Pelancaran ini, anda harus meneliti kriteria yang ditetapkan. Maklumat adalah seperti berikut.

Bantuan Geran Pelancaran

Bantuan Geran Pelancaran ini bertujuan untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Bantuan ini juga mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Bantuan Geran Pelancaran (GP) adalah untuk kumpulan sasar JKM bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2,700 sekaligus.

Kadar Bantuan

Dengan kadar bantuan maksimum RM2,700 sekaligus.

Syarat Kriteria Khusus

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa

Cara Membuat Permohonan

Sekiranya anda merupakan penerima bantuan JKM dan berkelayakan untuk mohon Geran Pelancaran, anda boleh membuat permohonan melalui dua kaedah yang berikut:

  1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran; atau
  2. Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM)

Dokumen yang diperlukan untuk sokongan. Sila bawa dokumen ini ketika datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat semasa membuat permohonan.

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU; (Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan; (jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi :

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000.
Scroll to Top