Skim Air Darul Ehsan. Air Percuma 20 Meter Padu

Skim Air Darul Ehsan. Air Percuma 20 Meter Padu setiap bulan kepada mereka yang layak. Skim ini diberi khas untuk rakyat Negeri Selangor.

Bagi mereka yang layak, amat dialu-alukan untuk memohon dan semak maklumat di dalam perkongsian ini.

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Skim Air Darul Ehsan adalah Program penjajaran semula pemberian air percuma kepada golongan sasar penduduk Negeri Selangor yang berkelayakan untuk menikmati pemberian rebat air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

Golongan Sasar Dan Kriteria

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor. 
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang). 
  3. Premis kediaman adalah meter individu. 
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.  Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).”

Cara Mendaftar

  1. Daftar borang permohonan online melalui link pautan ini, www.ssipr.selangor.gov.my register & login masuk sekarang
  2. Ataupun anda download terlebih dahulu borang permohonan di sini, www.airselangor.com skim air darul ehsan (SADE), isi maklumat yang dperlukan selengkapnya dan hantar secara manual

Maklumat Lanjut

Ketahui soalan lebih lanjut sila layari Laman Soalan Lazim DISINI

Scroll to Top