Bantuan BINGKAS Selangor

Bantuan BINGKAS merupakan bantuan bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dimana setiap bulan ada dikreditkan kepada mereka yang telah memohon dan layak menerima bantuan ini. Bantuan ini boleh digunakan oleh pengguna yang layak untuk membeli barang keperluan harian.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, terutamanya pasca pandemik ngeri COVID-19, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

BANTUAN BINGKAS

Kepada individu yang layak menerima bantuan BINGKAS, mereka akan menerima kebaikan bantuan BINGKAS seperti berikut ;

  • Had Pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya
  • Tambah nilai secara automatik

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

CARA MEMOHON BANTUAN BINGKAS

Berikut merupakan cara memohon Bantuan BINGKAS untuk tahun 2023 ; 

  • Layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI
  • Klik “Daftar Sekarang”.
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Hantar borang permohonan secara atas talian (online)

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN BINGKAS

Bagi mereka yang telah memohon dan ingin membuat kemas kini nombor telefon, anda boleh layari laman sesawang yang dipautkan di bawah ;

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus menghubungi 1800-22-6600 atau layari portal rasmi BINGKAS.

Scroll to Top