Bantuan Perkahwinan MAIWP

Bantuan Perkahwinan MAIWP dilaksanakan dengan bertujuan untuk membantu meringankan beban asnaf untuk menlangsungkan perkahwinan.

MAIWP merupakan satu agensi yang berkait rapat dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). MAIWP merupakan badan penggubal dasar dan JAWI pula bertindak sebagai urus setia atau pelaksana sebahagian dasar yang telah diputuskan oleh MAIWP.

Sebahagian besar strategi MAIWP yang berkaitan dengan pendidikan, pengurusan tempat beribadah, perkhidmatan dan kebajikan agama, kegiatan dakwah, undang-undang pentadbiran agama Islam adalah dilaksanakan oleh JAWI melalui bahagian-bahagian yang diwujudkan.

Berikut merupakan maklumat bantuan perkahwinan yang boleh dimohon.

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan (Borang Permohonan)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  8. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.

Cara Memohon

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter – kaunter Baitulmal MAIWP

Scroll to Top