Bantuan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan

Bantuan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan adalah bantuan yang boleh dimohon dengan bersyarat melalui kaunter permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi boleh cuba untuk membuat permohonan bantuan umum zakat ini.

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Borang Bantuan Umum

Untuk memohon sila muat turun borang berikut:

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

DOKUMEN SOKONGAN SKIM BANTUAN KEWANGAN BULANAN

Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:-

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
  5. Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  6. Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan
    masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  7. Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
  8. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  9. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  10. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  11. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  12. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  13. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  14. Satu salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)*
  15. Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*

Maklumat Lanjut

Sila datang ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

Scroll to Top