Penempatan Latihan Kerjaya Graduan Bersama Industri

Penempatan Latihan Kerjaya Graduan Bersama Industri (RTW) adalah sebuah Penempatan Latihan Kerjaya Graduan Bersama Industri atau Ready to Work (RTW) di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Professional Training & Education for Growing Entrepeneurs (PROTÉGÉ) bagi graduan Diploma dan ke atas yang telah tamat pengajian atau bekerja tidak setaraf berkelayakan bertujuan untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memberikan pengalaman pekerjaan sebenar melalui penempatan pekerjaan di pelbagai industri yang mengambil bahagian.

Kumpulan Sasaran untuk latihan ini adalah graduan Diploma dan ke atas yang telah tamat pengajian atau bekerja tidak setaraf kelayakan.

Tempoh Program

Tempoh program ini adalah minimum 8 bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan.

Manfaat Program

Antara manfaat yang diperoleh bagi graduan yang menyertai program ini ialah:

  1. Berpeluang untuk diserap oleh syarikat pelaksana
  2. Elaun bulanan, manfaat SOCSO dan cuti rehat sepanjang tempoh latihan
  3. Meningkatkan kadar kebolehgajian
  4. Latihan Kemahiran Insaniah (Soft-skills)
  5. Pengalaman bekerja sebenar di pelbagai industri

Kadar Elaun

Elaun bulanan bagi graduan yang mengikuti program ini adalah seperti berikut:

Graduan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas yang masih menganggur selepas tamat pengajian dari universiti tempatan atau luar negara.

  • RM1,500 – RM2,000

Graduan Diploma dan ke atas yang masih menganggur selepas tamat pengajian dari universiti tempatan atau luar negara

  • RM1,500

Syarat Kelayakan

  • Graduan tidak pernah menyertai program PROTÉGÉ – RTW di syarikat pelaksana yang sama
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited
  • Lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara
  • Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Graduan bukan merupakan kakitangan sedia ada yang sedang berkhidmat di syarikat sama ada secara sementara, kontrak atau sepenuh masa
  • Graduan perlu menghadiri temuduga yang ditetapkan oleh pihak syarikat sekiranya diperlukan (sama ada secara atas talian, panggilan telefon dan sebagainya). Kegagalan memberi maklum balas atau menghadiri temu duga bermaksud graduan tidak berminat dan tidak memerlukan bantuan melalui PROTÉGÉ. Oleh yang demikian, maklumat peserta akan dikeluarkan dari senarai peserta aktif untuk tujuan suai padan dengan syarikat

Cara Memohon

  • Peserta boleh mencari iklan kekosongan program ini pada pautan berikut:
    1. Laman Rasmi PROTÉGÉ
    2. Instagram
    3. Facebook
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan resume terus kepada syarikat melalui e-mel

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Sesawang Program PROTÉGÉ-RTW

Scroll to Top