Bantuan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) adalah bantuan perniagaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) bertujuan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

Inisiatif ini merupakan penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.

Skim ini diberikan untuk tempoh 1 tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.

  • Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
  1. Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun 
  3. Cetakan maklumat – RM10 

Syarat Kelayakan Umum

  • Pemegang MyKad/MyPR berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan 
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM 
  • Penerima/pasangan yang menerima bantuan khas kerajaan melalui MOF/LHDN yang memanfaatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Skim Perlindungan kesihatan takaful (mySalam) dan lain-lain 
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara

Cara Memohon

  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu di Ezbiz
  • Dokumen yang perlu dilampirkan adalah: 
  1. Bukti pengesahan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atas nama sendiri atau No. Mykad/MyPR pemohon (untuk usahawan b40)
  2. Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran (untuk pelajar IPT)

Maklumat Lanjut

Scroll to Top