Skim Agihan Sara Hidup Bulanan Perlis

Skim Agihan Sara Hidup Bulanan adalah skim bantuan yang diberikan oleh MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS.

Objektif

Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dalam bentuk kewangan bulanan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.

Asnaf

Fakir, Miskin dan muallaf

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
  2. Tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin yang menghadapi mana-mana masalah berikut:
  3. Berpenyakit yang kronik.
  4. Tiada pendapatan.
  5. Tiada waris atau menumpang
  6. Cacat fizikal/mental.
  7. Uzur.

Kaedah Perlaksanaan

  • Jika tinggal bersama anak lelaki atau perempuan, permohonan adalah di atas nama pemohon tetapi penentuan asnaf berdasarkan kepada pendapatan anak lelaki
  • Jika menumpang di rumah bukan waris pemohon, Agihan diberikepada pemohon.
  • Bagi lelaki yang berpoligami, permohonan hendaklah dibuat atas nama suami dan Agihan disalurkan kepada isteri/isteri-isteri yang layak
  • Cadangan bantuan adalah dengan kerjasama JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS.

Bentuk Agihan

Penerima bantuan akan menerima agihan wang (tunai/cek).

Cara Memohon Skim Agihan MAIPS

Untuk maklumat lanjut dan juga cara permohonan Skim Bantuan MAIPs, sila rujuk pada portal rasmi MAIPs di pautan yang berikut:

Semakan Bantuan MAIPS

Bagi menyemak bantuan yang diagihkan oleh MAIPS anda boleh melayari laman rasmi di SINI

Bagi golongan asnaf boleh layari link INI :

Maklumat Lain

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Skim Bantuan MAIPS, sila layari portal rasmi Skim Bantuan MAIPs di pautan berikut:

Scroll to Top