Bantuan Makanan Bulanan Khas Untuk Rakyat Melaka

Majlis Agama Islam Melaka menawarkan skim agihan zakat kepada rakyat Melaka yang beragama Islam yang berkelayakan dengan syarat syarat tertentu.

Berikut adalah bantuan makanan bulanan yang ditawarkan oleh MAIM, sila semak maklumat lanjut dan kongsikan informasi ini kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan Makanan Bulanan

Bantuan Makanan Bulanan ini merupakan bantuan asas berbentuk keperluan makanan asasi harian yang diperuntukkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf setiap bulan mengikut jumlah yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Melaka.

Penerima bantuan diberi pilihan untuk memilih mana-mana kedai panel yang dilantik oleh MAIM untuk mengambil barangan tersebut di atas faktor jarak dengan kediaman penerima bantuan selain keselesaan bagi penerima itu sendiri.

Kaedah pelaksanaan pengurusan skim bantuan ini adalah menggunakan Sistem MyAsnaf di mana Mykad penerima digunakan sebagai alat untuk pengesanan dan penebusan barang makanan di kedai-kedai panel.

Kadar Bantuan

Kadar ketetapan adalah sebanyak RM 200.00 untuk seorang asnaf (berbentuk barangan makanan/tunai/bank).

Syarat Umum

Berikut merupakan syarat umum untuk Bantuan Makanan Bulanan MAIM:

  • Beragama Islam/ Muslim
  • Lahir ataupun menetap di negeri MELAKAsekurang-kurangnya 10 tahun; Dan
  • Pendapatan Isi Keluarga/ Rumah adalah tidak melepasi Paras Garis Kemiskinan Negeri Melaka (Tidak melebihi RM 840.00 sebulan untuk 4 ahli keluarga: per kapita RM 210.00 (tahun 2013)

Untuk garis panduan kelayakan, sila rujuk pada pautan yang berikut

Penerima bantuan diberi pilihan untuk memilih mana-mana kedai panel yang dilantik oleh MAIM untuk mengambil barangan tersebut diatas faktor jarak dengan kediaman penerima bantuan selain daripada keselesaan untuk penerima itu sendiri.

Cara Memohon Bantuan

Bagi yang ingin memohon bantuan MAIM, pemohon perlu menggunakan borang asal dan diisi dengan lengkap bersama pengesahan daripada Imam, Pengerusi JKKK atau AJK kariah setiap pemohon.

Setiap permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Imam atau JKKK kariah pemohon menetap ;

  1. 2 Keping gambar pemohon berukuran pasport
  2. 1 Salinan kad pengenalan
  3. 1 Salinan Sijil Cerai (jika bercerai hidup)
  4. 1 Salinan Sijil Kematian (jika bercerai mati)
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran pemohon (jika ada)
  6. 1 Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak bagi setiap tanggungan dibawah pemohon.

Borang permohonan bantuan boleh didapati di pejabat agihan zakat Baitulamal MAIM serta pejabat-pejabat cawangan MAIM yang lain.

Untuk maklumat lanjut dan juga cara permohonan Bantuan Makanan MAIM, sila layari portal rasmi MAIM di pautan yang berikut:

Scroll to Top