Bantuan Ibu Bersalin Untuk Rakyat Sarawak

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Berikut adalah maklumat padat dan ringkas yang dikongsikan. Semoga bermanfaat.

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Pemohon boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) setiap kali pemohon melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Bantuan Ibu Bersalin
Sumber Imej kpwk.sarawak.gov.my

Kadar Bantuan

Kadar bantuan Bantuan Ibu Bersalin ialah sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu yang baru melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Syarat-Syarat Kelayakan Pemohon

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  4. Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Memohon

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
  2. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
  3. Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
  4. Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;
  6. Salian Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.

(Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat).

Cara Memohon BIB

Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:

Online
Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store

Manual
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Proses permohonan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.

Peringatan/Makluman:
(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;
(ii) Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar; dan
(iii) Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut atau membaca soalan lazim sila layari laman RASMI LINK INI atau hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke bib@sarawak.gov.my

Scroll to Top