Pinjaman Sebanyak RM10000 Untuk Pembelian Motorsikal

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan ketika negara dihadapi ancaman pandemik dan ekonomi.

Salah satu contohnya adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional untuk individu yang berminat membeli atau memperbaiki motosikal, dan berikut ialah perkongsian mengenai program bantuan tersebut.

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 merupakan sebuah inisiatif pembiayaan yang diselaraskan di bawah Belanjawan 2024 dan dikelola oleh TEKUN Nasional (TEKUN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ini merupakan kesinambungan dari Program TEKUN Mobilepreneur versi sebelumnya, iaitu 1.0, 2.0, dan 3.0, yang sebelum ini telah dilaksanakan khusus untuk usahawan dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove, dan sebagainya, dengan tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan asas

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online);
  • Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Syarat-syarat tambahan

  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian;
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut; Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.

Cara Membuat Permohonan

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat dan berkeinginan untuk memohon, permohonan boleh dilakukan di Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat untuk mendapatkan maklumat tambahan dan borang permohonan.

Untuk makluman dan waspada penipuan, bahawa TEKUN Nasional tidak mengambil orang sebagai ejen atau wakil untuk mengendalikan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

Scroll to Top