Bantuan SARa Akan Dikredit Bulan Ini

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin tegar bermula 17 Julai 2023.

Penerima yang memenuhi syarat, seperti yang dikenalpasti melalui data Miskin Tegar eKasih dan status lulus STR 2023, akan menerima bayaran automatik sebanyak RM100 setiap bulan melalui Kad Pengenalan (MyKad) selama 6 bulan bermula dari Julai hingga Disember 2023.

Kad Pengenalan (MyKad) ini juga boleh digunakan untuk membeli barangan makanan dan keperluan asas dari kategori yang disahkan di pasar raya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Bantuan SARa (Sumbangan Asas Rahmah)

Bantuan SARa atau Sumbangan Asas Rahmah merupakan sambungan inisiatif dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan untuk mengurangkan beban kehidupan kumpulan miskin tegar.

Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600.

Kaedah Pembayaran

  • Penerima yang layak* akan menerima SARa melalui 3 kaedah berikut:
    • Penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu – Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2023
    • o Penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor – Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 31 Julai 2023
    • Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan – Bayaran sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada 7 Ogos 2023

Bayaran Bulan Disember

Jadual pengkreditan bantuan SARa (bagi penerima dari Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:

Bantuan SARa

Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan STR Tambahan RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu :

  • Julai (Telah dikreditkan)
  • Ogos (Telah dikreditkan)
  • September (Telah dikreditkan)
  • Oktober (Telah dikreditkan)
  • November (Telah dikreditkan)
  • Disember

Kelayakan Penerima

  • Kelayakan bagi SARa ini terhad kepada:
    • Warganegara Malaysia;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023*; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

Untuk individu yang ingin memeriksa status kelulusan dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai bantuan ini, mereka boleh merujuk kepada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). – KLIK DI SINI.

Maklumat Lanjut

  • Tiada permohonan diperlukan*
  • Semua penerima SARa yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa di alamat berdaftar dalam permohonan STR
  • Selain itu, semakan kelayakan SARa boleh dibuat melalui kaedah berikut:
    • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Maklumat melalui SMS ataupun WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat;
    • Semakan terus melalui portal rasmi – Portal rasmi STR di pautan Laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bahagian menu “Semakan Permohonan” ataupun portal rasmi MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia); atau
    • Hubungi: LHDN di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MOF di talian 03-8882 4565/8882 4566 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia) di talian 03-7720 1800 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Scroll to Top