Bantuan I-Sejahtera Program OKU

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan pelbagai program dan bantuan kepada rakyat negeri tersebut dengan syarat-syarat tertentu, antara program tersebut adalah bantuan kepada OKU.

Program i-Sejahtera adalah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberikan sumbangan dan bantuan kewangan tahunan kepada penduduk Pulau Pinang, termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah, dan bayi di bawah usia 2 tahun.

KADAR BANTUAN

Program Bantuan OKU : RM200.00

Pembayaran i-Sejahtera dapat dilakukan dengan TUNAI atau melalui Electronic Funds Transfer (EFT). Disarankan agar pemohon memilih EFT, kerana pembayaran tunai tidak dapat dilakukan semasa pandemik COVID-19.

Jika pemohon telah memilih pembayaran tunai, pemohon boleh mengemaskini pilihan pembayaran dengan memilih EFT dan mengemukakan salinan dokumen akaun bank terkini melalui sistem.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Menetap di Negeri Pulau Pinang.
  3. Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja)

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
  3. Salinan Kad Pendaftaran OKU.
  4. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.

CARA MEMOHON

Permohonan untuk Program i-Sejahtera boleh dilakukan melalui portal i-Sejahtera secara dalam talian. Tekan butang “Permohonan Baru” dan “Semakan Status”, kemudian isikan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk proses permohonan.

  1. Semak No Kad Pengenalan
  2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
  3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

KLIK HALAMAN INI UNTUK MEMOHON

CARA SEMAK STATUS

Para pemohon boleh menyemak status pendaftaran melalui Portal i-Sejahtera dengan menekan butang “Permohonan Baru” dan “Semakan Status”. Selain itu, log masuk ke akaun pemohon melalui butang “Login Pemohon” juga boleh membuat semakan. Alternatifnya, hubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, atau Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (khusus untuk program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk melihat pelbagai inisiatif kebajikan i-Sejahtera sila layari laman web rasmi DISINI

Scroll to Top