Permohonan Lesen PSV Percuma 2024

Permohonan Lesen PSV Percuma khas untuk golongan B40 melalui program MyLesen PSV bas dengan kuota hanya 750 orang sahaja.

Program MyLesen PSV Bas yang diterapkan oleh kerajaan melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menyediakan 750 kuota permohonan awal untuk Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) bagi E-Hailing/Teksi/Bas (BTM > 7,500 kg).

Program ini dirancang secara khusus untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah kumpulan B40 melalui peluang pekerjaan di sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan.

Dalam inisiatif ini, terdapat 750 lesen PSV yang ditawarkan untuk khidmat bas di seluruh negara. Usaha dan inisiatif ini bertujuan membantu golongan B40 mengurangkan beban kos untuk memperoleh lesen PSV.

Permohonan Lesen PSV Percuma MyLesen

Program MyLesen PSV Bas 2024 adalah sambungan daripada program-program serupa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) pada tahun 2023.

Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan untuk memberdayakan 4,000 individu yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 agar mereka dapat memperoleh Lesen Vokasional Malaysia dalam Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

Kerajaan sepenuhnya membiayai program ini untuk mendapatkan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E, Lesen PSV E-Hailing/Teksi, dan PSV Bas BTM > 7,500kg, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kuota

Bagi program MyLesen PSV Bas ini, kerajaan hanya memperuntukkan kuota sebanyak 750 orang sahaja berdasarkan oknsep siapa cepat dia dapat.

Syarat Umum

Individu yang memenuhi kriteria untuk MyLesen PSV Bas dijemput untuk segera mengemukakan permohonan kerana kuota yang tersedia adalah terhad.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
  5. Bebas Senarai Hitam Мahkamah, JPJ dan PDRM
  6. Telah Memiliki Lesen Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun
Permohonan lesen psv percuma

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen PSV Bas 2024 (Peserta)

1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.

2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.

3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.

4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.

6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.

7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.

10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.

11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk memohon program MyLesen PSV Bas 2004 boleh scan kod QR di bawah untuk menghantar permohonan:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program MyLesen PSV Bas ini boleh dikemukakan ke:

Talian: 03-8892 8714 03-8892 8693

Emel: mypsv2024.bas@jpj.gov.my

Scroll to Top