Mohon Bantuan RM300 E-Dompet Sebulan

Mohon bantuan RM300 e-Dompet sebulan khas untuk rakyat Negeri Selangor yang tergolong dalam kategori B40 berpeluang untuk mengemukakan permohonan bantuan ini.

Keistimewaan bantuan ini adalah jika individu tersebut memenuhi syarat, kredit akan disalurkan secara automatik setiap bulan.

Bantuan ini hanya disediakan khusus untuk penduduk negeri Selangor yang memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM3000. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk perkongsian di bawah.

RM300 E-Dompet BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera, juga dikenali sebagai bantuan BINGKAS, adalah satu bentuk bantuan kredit e-dompet yang bertujuan menghargai peranan penting ketua keluarga yang gigih dalam menguruskan keperluan keluarga.

Dijangkakan sebanyak 30,000 penduduk Selangor, termasuk ibu rumah tangga dan keseluruhan isi keluarga, akan mendapat manfaat dari program ini.

Walaubagaimanapun, bantuan ini akan disalurkan dengan syarat-syarat kelayakan tertentu untuk memastikan bahawa ia sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

RM300 e-dompet bingkas

Kadar Bayaran

Sekiranya ketua isi rumah tersebut layak, mereka akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM300 yang akan dikreditkan kedalam E-WALLET secara automatik.

Info tambahan : Bantuan ini bukanlah berbentuk wang tunai, dan ianya digunakan hanya untuk menebus keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan persekolahan.

Manfaat BINGKAS

Pelbagai manfaat yang akan diperolehi sekiranya individu tersebut layak. Antaranya adalah :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

Syarat Permohonan

Setiap permohonan bantuan e-wallet RM300 ini, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan, antaranya :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

Selain itu, sila pastikan anda melengkapi beberapa dokumen sokongan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Cara Mohon Bantuan RM300 e-Dompet

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk memohon kredit e-wallet RM300 BINGKAS ini :

  • Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
  • Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih teliti mengenai Bantuan BINGKAS ini, pembaca boleh melayari lawam web rasmi DI SINI

Scroll to Top