Pemberian Khas Kepada Pesara (Januari – Disember 2024)

Berita baik untuk para pesara. Kerajaan telah menyetujui untuk melanjutkan pemberian Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bermula pada Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen yang terkesan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Disember, Perdana Menteri menyatakan bahawa perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada mesyuarat Jemaah Menteri.

Sebelum ini, pembayaran untuk Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) tahun 2023 telah dilaksanakan dari bulan Julai hingga Disember 2023, dan pengumuman ini tentunya memberikan lega kepada pesara yang terkesan.

Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) tidak hanya memberikan kelegaan kepada pesara kerajaan, tetapi juga memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan meningkatnya kos sara hidup.

Pemberian Khas Kepada Pesara

Secara ringkasnya, Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah suatu bentuk bayaran khusus yang diberikan disebabkan perbezaan antara jumlah pencen semasa dengan pencen asal, berdasarkan keputusan mahkamah.

Pemberian ini bertujuan agar jumlah yang diterima oleh pesara dari bulan Julai hingga Disember tahun ini sama dengan jumlah pencen semasa yang diterimanya.

Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menyatakan bahawa bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) akan diteruskan bagi tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Kepentingan PKKP

Inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan, iaitu Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP), bertujuan untuk memastikan bahawa pendapatan pencen dan pencen terbitan golongan sasaran tidak mengalami pengurangan.

Keputusan kerajaan untuk memberikan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) sebagai bentuk bantuan khusus kepada pesara adalah hasil dari pembatalan oleh mahkamah terhadap penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Keputusan tersebut berikut dari keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyatakan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah, dan undang-undang sebelum pindaan itu secara automatik terpakai untuk tujuan penyelarasan pencen.

Jika Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) tidak diberikan, bayaran pencen untuk pegawai awam yang bersara sebelum 2013 akan dikembalikan kepada jumlah pada Disember 2012, dan bagi mereka yang bersara mulai 2013, akan dikembalikan kepada jumlah asal semasa bersara.

Contohnya, jika jumlah pencen asal pesara pada Disember 2013 adalah RM1,413.49, dan dengan Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) sebanyak RM343.94, pesara tersebut akan menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM1,757.43, yang setara dengan jumlah yang diterimanya pada bulan Jun 2023.

“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Artikel berkaitan: Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara 2023

Keputusan Mahkamah Persekutuan

Pada 27 Jun 2023, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] tidak sah, dan undang-undang sebelum pindaan tersebut secara automatik terpakai untuk tujuan penyelarasan pencen.

Pelarasan tersebut menyebabkan jumlah bayaran pencen berkurang daripada bayaran yang diterima pada Jun 2023. Oleh itu, pembayaran Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) harus diteruskan agar pesara kerajaan dapat menikmati jumlah yang sama seperti yang diterima pada Jun 2023.

Prinsip pembayaran mana yang lebih tinggi hendaklah dibuat oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan kira-kira 870,000 pesara kerajaan.

Scroll to Top