Bantuan Pendidikan Biasiswa Pahang Sekolah Menengah

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.

Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, serta pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)

Kadar Bantuan

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun.

Tarikh Bayaran

Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.

Syarat Kriteria Pemohon

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Seklah Menengah) adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  • Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  • Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari pautan berikut: https://www.yp.org.my/maklumat-biasiswa/

Scroll to Top