Bantuan Makanan Bulanan Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Melaka

Bantuan Makanan Bulanan ini merupakan bantuan asas berbentuk keperluan makanan asasi harian yang diperuntukkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf setiap bulan mengikut jumlah yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Melaka.

Penerima bantuan diberi pilihan untuk memilih mana-mana kedai panel yang dilantik oleh MAIM untuk mengambil barangan tersebut di atas faktor jarak dengan kediaman penerima bantuan selain keselesaan bagi penerima itu sendiri.

Kaedah pelaksanaan pengurusan skim bantuan ini adalah menggunakan Sistem MyAsnaf di mana Mykad penerima digunakan sebagai alat untuk pengesanan dan penebusan barang makanan di kedai-kedai panel.

Kadar Bantuan

Kadar ketetapan adalah sebanyak RM 200.00/asnaf samasa berbentuk barangan makanan atau tunai atau bank.

Cara Memohon

Permohonan Bantuan MAIM perlulah dibuat dengan menggunakan borang asal dan diisi dengan lengkap bersama pengesahan daripada Imam, Pengerusi JKKK atau AJK kariah setiap pemohon.

Setiap permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Imam atau JKKK kariah pemohon menetap ;

  1. 2 Keping gambar pemohon berukuran pasport
  2. 1 Salinan kad pengenalan
  3. 1 Salinan Sijil Cerai (jika bercerai hidup)
  4. 1 Salinan Sijil Kematian (jika bercerai mati)
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran pemohon (jika ada)
  6. 1 Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak bagi setiap tanggungan dibawah pemohon

Syarat Kelayakan

  • Had Umur
    • Ditetapkan kepada umur 18 tahun ke atas (umur yang kurang daripada 18 tahun hendaklah diwakili oleh ibu bapa atau penjaga)
  • Status Keluarga
    • Berkahwin dengan ada tanggungan
    • Bujang dengan kurang upaya (cacat dari segi fizikal dan mental )
    • Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dah hilang tempat bergantung
  • Tanggungan yang tinggal bersama pemohon
    • Anak kandung
    • Anak saudara
    • Tiada tempat bergantung
  • Pendapatan
    • Pendapatan kurang daripada RM51.00 seorang bagi seorang dalam isi keluarga
    • Pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi
    • Tiada tempat bergantung

Syarat Umur Bantuan Fakir Miskin

  • Syarat umum permohonan bantuan adalah seperti berikut :
    • Seorang Islam;
    • Lahir atau menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
    • Pendapatan isi keluarga/rumah tidak melepasi Paras Garis Kemiskinan Negeri Melaka [Tidak melebihi RM 840.00 sebulan untuk 4 ahli keluarga : perkapita RM 210.00 [tahun 2013].

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih lanjut sila layari laman rasmi DISINI

Scroll to Top