Insentif Pengeluaran Getah Tiada Permohonan Diperlukan

Insentif Pengeluaran Getah Tiada Permohonan Diperlukan – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan kepada pekebun kecil getah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah maklumat mengenai insentif pengeluaran getah kepada pekebun kecil dan penoreh getah.

Insentif Pengeluaran Getah

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah sebuah insentif di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil yang bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara.

Insentif ini diberikan kepada pekebun kecil getah sekiranya:

  1. Harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah manakala untuk IPG lateks, ianya akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. 
  2. Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar RM0.90 sekilogram untuk lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK)
  3. Mulai Januari 2023, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada diparas RM2.70 sekilogram ke bawah

Syarat Kelayakan

  • Kelayakan bagi pekebun kecil getah:
  1. Warganegara Malaysia dan memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang masih sah tempoh
  2. Memiliki kebun getah matang bersaiz kurang dari 100 ekar (40.46 hektar) dan menghasilkan lateks
  3. Menjual getah sekerap (cuplump), lateks dan getah keping (USS)

Cara Memohon

  • Mulai 1 Januari 2021, pembayaran IPG oleh LGM telah dibuat secara terus ke akaun bank pekebun kecil dan mereka tidak perlu lagi membuat permohonan secara manual di pejabat-pejabat LGM
  • Bagi menikmati insentif tersebut, Pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) diwajibkan untuk menjual getah kepada peniaga getah berlesen LGM yang menggunapakai aplikasi RRIMniaga™RRIMniaga™ merupakan satu aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh LGM untuk digunakan oleh peniaga getah berlesen LGM untuk merekodkan urus niaga jual beli getah. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021, semua pemegang lesen kategori peniaga getah dan kelompok telah diwajibkan mengguna pakai aplikasi RRIMniaga™
  • Bagi pekebun kecil getah di bawah agensi pelaksana (FELDA, FELCRA, Lembaga Industri Getah Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak), tuntutan perlu dibuat melalui agensi masing-masing
  • Status bayaran IPG boleh disemak melalui pautan Semakan IPG

Nota: LGM singkatan bagi Lembaga Getah Malaysia, IPG singkatan bagi Insentif Pengeluaran Getah

Maklumat Lanjut

Scroll to Top