Bantuan Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas.

Skim ini membantu dan manfaat kepada orang ramai dengan mempermudahkan mereka mendapat rawatan selain menjimatkan masa dan kos.

Berikut adalah maklumat mengenai skim perubatan ini.

Bantuan Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan MADANI adalah sebuah skim kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd bagi golongan B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar.

Bantuan skim perubatan madani
Sumber imej PublicHealth Corporation

Carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI

Projek rintis Skim Perubatan MADANI ini hanya melibatkan klinik di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Untuk mencari klinik berdaftar sila klik DISINI

Bermula 15 September 2023, Skim Perubatan MADANI diperluaskan ke seluruh Malaysia berikutan sambutan yang menggalakkan.

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi:

  1. Demam dan selsema
  2. Cirit-birit dan muntah
  3. Terseliuh
  4. Sakit kepala
  5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Jenis Rawatan Tidak Terangkum

  • Rawatan yang tidak terangkumdalam skim tersebut adalah:
    1. Imunisasi rutin
    2. Saringan kesihatan
    3. Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    4. Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    5. Perancangan keluarga rutin
    6. Perkhidmatan rehabilitasi
    7. Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    8. Permintaan suplemen

Golongan Yang Ditawarkan

Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik sebagai kemudahan kepada golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:

Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)

  • Isi Rumah Berkeluarga: Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung Sehingga 31 Disember 2023 – RM250
  • Warga Emas (tanpa pasangan):Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung Sehingga 31 Disember 2023 – RM125
  • Bujang 21-59 tahun, 19-59 tahun (bujang berstatus OKU: Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung Sehingga 31 Disember 2023 – RM75

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 serta tanggungan yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
  2. Kelayakan adalah secara automatik
  3. Mereka yang layak, WAJIB mengisytiharkan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim tersebut daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain

Cara Memohon Skim

Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI

  • Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman berikut
  • Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan
  • Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  • Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) seperti yang dinyatakan di Laman Rasmi ProtectHealth

Maklumat Lanjut

Scroll to Top