Bantuan Musim Tengkujuh Risda Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Musim Tengkujuh Risda untuk rakyat Malaysia diberikan setiap tahun pada musim tengkujuh. Berikut adalah maklumat mengenai bantuan ini, maklumat syarat kelayakan dan cara mohon.

Bantuan Musim Tengkujuh Risda

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi pekebun kecil atau leenoreh getah bertujuan untuk meringankan dan juga mengurangkan beban kewangan mereka semasa musim tengkujuh.

Semua penyaluran Bantuan Musim Tengkujuh ini akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Nilai Bayaran

Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800 daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan:

  • November 2023 (RM200),
  • Disember 2023 (RM200),
  • Januari 2024 (RM200) dan
  • Februari 2024 (RM200)

Syarat Kelayakan BMT Risda

  • 1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan 
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja 

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki danMengusahakan Lot BertanamGetah)  

  1. Warganegara Malaysia  
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA  
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar  
  4. Pemilik tanah yang sah  
  5. 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan  

  

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)  

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA  
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar  
  4. 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan  
  5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Cara Memohon

Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 telah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran untuk bantuan dan info lanjut.

  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA   
  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan  
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada  

Dokumen yang diperlukan: 

  • Pekebun Kecil yang bukan dibawah mana-mana Agensi
  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan  
  2. Geran asal tanah dan salinan  
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif  

  • Penoreh Bukan Pemilik   
  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan  
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah  
  3. Salinan geran lot yang ditoreh  
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif  
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slup pengaktifan Kad PAT-G  
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah  

  

  • Pekebun Kecil di bawahAgensi   
  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan  
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)  
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif  
  4. Surat pengesahan daripada Agensi  
  5. Salinan Kad PAT-G (Wajibbagi permohonan dibawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, silalayari Laman Rasmi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Scroll to Top