Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Laut Oleh LKIM

Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Laut berupa wang tunai RM300 sebulan bagi nelayan bertujuan untuk meringankan kos dan beban sara hidup.

Bagi para nelayan laut, permohonan masih di buka pada tarikh posting ini di muat naik. Sila mohon di pejabat yang terdekat.

Berikut merupakan maklumat mengenai bantuan elaun sara hidup ini.

Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)

Elaun Sara Hidup Nelayan Laut adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Kadar Bantuan

  • Kadar bantuan ialah sebanyak RM300 sebulan kepada kategori penerima yang layak

Syarat Kelayakan Pemohon

Kategori permohonan yang layak dipertimbangkan untuk menerima ESHN terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:

Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
  • Status subsidi minyak yang aktif

Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat
 

Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN:

  • Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja
  • Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan
  • Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Baharu Elaun Sara Hidup Nelayan

  • Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut: 
  1. Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi
  3. Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
  4. Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
  5. Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
  6. Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
  7. Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
  8. Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
  9. Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan) 
  • Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
  • Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM

 

Pembaharuan Elaun Sara Hidup Nelayan

  • Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
  • Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
  • Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan

Maklumat Lanjut

Scroll to Top