Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK)

Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris.

Untuk makluman jumlah bantuan tunai tersebut akan berubah mengikut pindaan dan belanjawan, berikut adalah maklumat mengenai Skim Khairat Kematian.

Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah sebuah skim bantuan kewangan berbentuk tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa.

Jumlah Bantuan

Tuntutan SKK berjumlah RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan.

Syarat Utama Kelayakan

  • Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Meninggal dunia pada tahun 2024
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
  • Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja

Cara Membuat Tuntutan Atau Permohonan

  • Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
  • Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
  1. Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
  2. Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Risalah STR 2024

Scroll to Top