Bantuan Pelepasan Kebankrapan Dibawah Jabatan Insolvensi Malaysia

Bantuan Pelepasan Kebankrapan adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) khas untuk mereka yang terbeban akibat hutang.

Pihak Infosingkat berkongsi maklumat mengenai bantuan Pelepasan Kebankrapan disini. Berikut adalah maklumat, cara memohon dan syarat yang diperlukan untuk mendapat bantuan ini.

Bantuan Pelepasan Kebankrapan

Bantuan Pelepasan Kebankrapan adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

Namun pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang berkuatkuasa pada 6 Oktober 2023, memberi peluang kedua kepada rakyat yang bankrap melalui 4 kaedah baru.

  • Perintah Pembatalan di bawahseksyen 105 Akta Insolvensi1967 Permohonan ini difailkan oleh bankrap ke Mahkamah apabila keseluruhan tuntutan hutang dibayar sepenuhnya   
  • Pelepasan Melalui PerintahMahkamah di bawah seksyen33 Akta Insolvensi 1967; Permohonan ini difailkan oleh bankrap ke mahkamah selepas perintah kebankrapan. Mahkamah akan meneliti laporan KPI mengenai sikap dan kelakuan bankrap sepanjang tempoh pentadbiran kebankrapan 
  • Pelepasan Melalui Sijil KetuaPengarah Insolvensi di bawahseksyen 33A Akta Insolvensi1967 Bankrap boleh memohon untuk pelepasan melalui Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)melalui beberapa faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh KPI. 
  • Pelepasan Automatik di bawahseksyen 33C Akta Insolvensi1967. Bankrap boleh memohon untuk dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) dengan syarat-syarat tertentu. 

Syarat Kelayakan Menerima Bantuan

  • Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan kepada kategori kes kebrankapan seperti yang berikut:
    1. Perintah kebrankapan telah melebihi 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/Perintah Kebrankapan
    2. Jumlah hutang yang diperakui atau baki hutang terlibat tidak melebihi RM50,000.
    3. Tiada perintah Mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap di bawah Akta 360 yang menghalang pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

Cara Memohon

  • Permohonan pelepasan boleh dibuat kepada cawangan Mdl yang mentadbir kes kebrankapannya dengan cara:
    1. Hadir secara fizikal ke Pejabat MdI berdekatan, atau
    2. Hubungi Pejabat MdI melalui surat atau emel, atau
    3. Isi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dan serahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan. 
  • Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan.
  • Individu bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Pelepasan Kebankrapan

Untuk membaca soalan lazim mengenai Pelepasan Kebankrapan ini, sila layari Soalan Lazim berhubung dengan Pelepasan Kebrankapan

Scroll to Top