Bantuan MAIDAM

MAIDAM adalah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang telah ditubuhkan semenjak tahun 1949.

MAIDAM ada menyediakan bantuan untuk para Asnaf yang memenuhi syarat kelayakan iaitu terdiri daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnussabil.

Kadar Bantuan MAIDAM telah dipertingkatkan daripada RM300 kepada RM500 bulanan kepada golongan asnaf, hal ini telah berkuatkuasa pada September 2023.

SKIM BANTUAN MENGIKUT ASNAF ZAKAT

Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada LAPAN (8) asnaf yang layak untuk menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak untuk menerima Zakat beserta Skim Bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM:

1. FAQIR

Bermaksud orang ISLAM yang tidak mempunyai sumber pendapatan ataupun mempunyainya tetapi hanya mampu untuk memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

  • Bantuan Kewangan/ Saraan Bulanan
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan/ Keperluan Harian

2. MISKIN 

Bermaksud orang ISLAM yang mempunyai sumber pendapatan yang hanyalah memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

  • Bantuan Kecemasan / Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

3. AMIL 

Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab untuk menjalankan urusan yang berkaitan zakat.

  • Ambilan Terus oleh Amil
  • Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

4. MUALLAF 

Muallaf ialah seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama ISLAM, tetapi tahap keimanannya adalah masih lemah.

  • Saguhati Hari Raya
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Dermasiswa Muallaf
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Umum Pelajaran
  • Pembinaan Rumah Individu
  • Saguhati Galakan Saudara Baru
  • Bantuan Modal
  • Bantuan Perubatan Muallaf
  • Kursus dan Latihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Berkhatan

5. AR-RIQAB

Bermaksud memerdekakan orang-orang ISLAM daripada cengkaman perhambaan dan juga penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal ataupun mental seperti cengkaman kejahilan dan juga terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu ataupun sesuatu kemudaratan.

  • Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik/ HIV
  • Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

6. AL-GHARIMIN 

Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi untuk kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya ataupun masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

7. FISABILILLAH 

Bermaksud mana-mana orang ISLAM ataupun pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegakkan, mempertahankan, dan juga mendakwahkan agama ISLAM serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Syariat ISLAM.

  • Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
  • Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
  • Bantuan Pendidikan Dalam Negara
  • Bantuan Pendidikan Luar Negara

8. IBNU SABIL

Bermaksud mana-mana orang ISLAM yang berhasrat ataupun sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan untuk maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negara ataupun negeri.

  • Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
  • Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

Jenis-Jenis Bantuan Lain

Bantuan Zakat Muallaf, Bantuan berupa wang zakat akan disalurkan kepada muallaf itu sendiri. Bantuan yang disalurkan kepada muallaf adalah sebagaimana berikut :

  1. Bantuan Saguhati Memeluk Islam :
  1. Syarat-syarat
    1. Mendaftar pengIslamannya di negeri Terengganu.
    2. Layak mendapat bantuan sekali sahaja.
  2. Kadar Bantuan
    1. Saguhati setelah melafazkan syahadah :
      • Wang tunai : RM250.00.
      • Kit ibadah tidak melebihi RM700.00.
    2. Saguhati sebanyak RM2,000.00 setelah lulus ujian lisan Asas Fardhu Ain.
  3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
    • Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut :
      • Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam.
      • Salinan buku Akaun Bank yang masih aktif.
      • Lain-lain dokumen berkaitan.
  4. Bantuan Perkahwinan : 
  1. Syarat-syarat
    1. Muallaf mesti menetap di negeri Terengganu.
    2. Layak dipertimbangkan sekali sahaja.
    3. Telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar Perkahwinan.
  2. Kadar Bantuan
    1. Tidak melebihi RM2,000.00.
  3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
    1. Permohonan hendaklah dibuat secara `online` menerusi laman web MAIDAM www.maidam.gov.my.
    2. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke pejabat MAIDAM berdekatan beserta dokumen berikut :
      • Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam pemohon serta Kad Pengenalan Pasangan.
      • Surat Perakuan Nikah dan lain-lain dokumen berkaitan (jika perlu).
      • Salinan Buku Akaun Bank yang masih aktif.
      • Lan-lain dokumen berkaitan.
  4. Bantuan Kelas Bimbingan
  1. Syarat-syarat
    1. Guru mesti dilantik oleh MAIDAM.
    2. Pelajar mestilah muallaf yang menetap di negeri Terengganu.
    3. Menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh MAIDAM.
  2. Kadar Bantuan
    1. Elaun guru : Tidak lebih daripada RM200.00 sekali mengajar dan tuntutan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
    2. Elaun Pelajar : Tidak lebih daripada RM50.00 sekali hadir.
  3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
    • Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut :
      • Kad Pengenalan atau Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam.
      • Surat Salinan Buku/Penyata Akaun Bank yang masih aktif.
      • Lain-lain dokumen berkaitan. 
  4. Bantuan Aktiviti/Program Muallaf
  1. Syarat-syarat
    1. Aktiviti tersebut dipersetujui oleh MAIDAM.
    2. Aktiviti/program yang dianjurkan mestilah berunsur tarbiah, pendidikan, keagamaan dan lain-lain.
  2. Kadar Bantuan
    1. Bergantung kepada kesesuaian aktiviti yang dijalankan dan tertakluk kepada kelulusan MAIDAM.
  3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
    1. Diuruskan oleh Unit Dakwah – Saudara Kita
  4. Bantuan Pengajian Muallaf 
  1. Syarat-syarat
    1. Khusus kepada muallaf yang menetap di negeri Terengganu
    2. Telah mendapat kelulusan MAIDAM
    3. Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
    4. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
    5. Tempoh pengajian dan pembiayaan berdasarkan kepada institusi berkenaan.
    6. Pembiayaan akan diberikan kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana pinjaman/tajaan.
    7. Bantuan yang disalurkan merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup pelajar.
  2. Kadar Bantuan
    1. Bantuan penuh pengajian tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh institusi pengajian berkenaan.
  3. Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
    1. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan secara bertulis.
    2. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
      • Salinan kad pengenalan pemohon dan Kad Memeluk Islam.
      • Surat tawaran belajar.
      • Sijil-sijil akademik.
      • Lain-lain dokumen berkaitan.

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP MAIDAM

Asnaf adalah golongan yang layak untuk menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada Orang Islam.

Berikut merupakan golongan Asnaf yang layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup MAIDAM:

  • Miskin/ Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja daripada keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Selain Bantuan Sara Hidup, MAIDAM juga memberikan bantuan kepada golongan Asnaf Miskin seperti yang berikut:

  • Bantuan Kecemasan/ Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus/ Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan/ Keperluan Harian

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN MAIDAM

Permohonan bantuan MAIDAM terbuka untuk:

  1. Rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu; ATAU
  2. Telah bermastautin di Terengganu selama tiga (3) tahun berturut-turut atau lebih sebelum melanjutkan pengajian

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian/ online dalam memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.

Untuk memohon Bantuan Sara Hidup MAIDAM, sila layari portal rasmi MAIDAM di pautan yang berikut:

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut.

Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ianya diproses untuk kelulusan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mencari maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan MAIDAM, sila layari pautan berikut:

Scroll to Top